Friday, May 21, 2010

journey of a lala girl 1 : she must be in heaven

Dia bersabar banyak dalam hal ini. Wah, makin rancak mereka berborak dan dia masih terpaku disitu. Lama. Hati dia sedikit tertanya-tanya, bukan begitu selalunya. Kenapa aku memilih jalan ini? Susah benar kiranya aku ingin meng’adapt’kan diriku dengan kumpulan ini, tetapi mengapa? Kerana cabaran? Kau jangan cuba bikin aku tergelak, Anita.Hatinya bicara. Sungguh hatinya terbelah bahagi sekarang samada ingin meneruskan atau pulang sahaja dengan apa-apa sahaja yang ada.

“ Tunggu apa, sister? Yok, cepat dong! Semua sisters yang lain udah di dalam bas”. Lamunan Anita kacau. Ah..si Indonesia itu dengan matanya yang hazel nut dan seyuman bak Travis di dalam movie Hana Montana..Barangkali ini yang membuatkan dia masih ‘on’ dengan rancangan gilanya.

Anita senyum dan angkatkan sedikit beg galasnya. Menandakan dia memang selalunya sedia untuk rancangan mereka. Rancangan yang baru seminggu lepas dia nyatakan persetujuan bersama rm 60 sebagai yuran perbelanjaan. Aneh, ini bukan kali pertama dia membuat keputusan terburu-buru tetapi yang ini benar2 membuatkan dia berfikir lebih daripada 3 kali.Ah, si Indonesia itu gamaknya..

“ Kalau lambat kitorang tinggalkan je kat sini :p..Rm 60 tu tak boleh refund tau.Kira burn~.hahaha”. Anita senyum lagi. Kali ini khas buat Karim, the Program Manager .Dia bukanlah kawan lama,jauh sekali kawan rapat. Namun Anita senang sekali berada dengannya. Bekerjasama dan berkawan dengannya, bukan berada disampingnya(versi berkasih) seperti yang di’tease’kan oleh kawan-kawannya.Memikirkan sahaja membuatkan Anita geli, mungkin juga malu.Antara dua tetapi Anita persetankan sahaja. Karim sudah punyai girlfriend dan dia tidak pula merasakan jejaka dari Kedah itu lebih daripada seorang abang.

“ Aku cuma senang dengannya. Tidak banyak bicara pelik-pelik. Lawaknya jarang-jarang dan ringan sahaja.tidak sakit hati” pernah diterangkan begitu kepada Marina,teman rapatnya pada suatu ketika dahulu, yang tidak cuba untuk faham.

“ Mula-mula senang kemudian suka dan akhirnya cinta..hemmm” mata Marina memandang syiling bilik dengan senyuman yang panjang. Usahanya tidak luntur.Gemar menerima libasan bantal daripada Anita.

“ Dia hanyalah seperti abang. Tidak lebih daripada itu” mukanya panas menahan malu dan marah yang entah muncul dari mana. Selalunya dapat dikawal tetapi tidak kali itu. Benar2 merasakan Marina buang akal.

“ ‘Abang’ ehem..ehem?!” nakal matanya menjeling Anita sambil muka masih mendongak syiling.

“Mustahil. Dia sudah ada girlfriend,silly :p “ Anita membalas sambil melibas laju bantal kekabu bercorak shin chan miliknya. Marina mengelak dan ketawa.

“ Whatever, such a relationship can crush in just a snap,U know dat!! Goda aja. All is fair in love and war”.

“ But I don’t love!!!!’

gema jeritannya bercampur tawa ketika mengejar Marlina laju kearah tandas. Yang paling sure, satu block D kolej Matahari tahu bahawa Anita ‘dont love’ somebody.

“Sorry I’m late” Anita menoleh laju kearah suara itu. Syukur,a familiar face and voice juga turut sama dalam program ini. Risau juga dia misi peribadinya itu untuk menjalani program itu as fun dan enjoyable as possible tidak terlaksana. Alasannnya mungkin tidak relevan tetapi Anita amat arif tentang dirinya sendiri. Tidak mungkin dia akan menjadi dirinya sendiri yang fun (pada Anita,dirinya yang sebenar amat menyeronokkan dan menyenangkan) tanpa kehadiran orang yang dikenali. Paling tidak adalah kawan dan sudah mengenali dirinya sebelum ini.

Anas senyum dengan sepuluh jarinya tersusun rapat. Sudah boleh dijangka daripada pemuda yang Anita kira amat sopan dan cool. Sengih seperti kerang busuk daripada Anas tidak mungkin menyakitkan hatinya malah bagi Anita itulah yang membuatkan Anita ‘dont give a damn’ dia sudah punya teman wanita. Jejaka sepertinya sepatutnya amat bebas( carefree) dan tidak terikat dengan wanita. Tatapi dia sudah buat pilihan. Memilih untuk berkasih seperti yang lain dan Anita tidak pernah campur dalam hal itu.

“ Ingatkan tak datang. Aku almost cancel” Anita meluahkan perkara yang bermain di fikirannya sejak dia tiba di dataran menunggu itu. Dia mengawal nada suaranya supaya tidak berbaur manja dan mengada-ngada. Sukarnya. Tetapi dia sudah miliki teman wanita dan Anita mempunyai pendirian yang sendiri berkenaan lelaki yang sudah di’cop’.dia percayakan ‘what you give you get back’ dan semestinya mahukan teman lelaki yang setia kelak.

“Sorry again. Mak aku is such a fuss. Dia kirim salam semua. Dia bekalkan nasi goreng dan keropok buat breakfast.” Matanya melirik ke arah bungkusan Tupperware besar bersama jug besar berisi sirap selasih. Bagaikan mempunyai magis dia nantikan sahaja sorakkan daripada kawan-kawannya dan dia tidak perlu menunggu lama.

“YEAY!!!MAKANAN FREE!!”

Anita toleh ke belakang Anas, mengekori suara sorakan yang meriah dan ramai. Woo..RAmainya dudes. Ada setengahnya yang dia kenali dan ada juga yang akan dikenali tetapi Anita bukanlah seorang yang picky.

‘i must be in heaven’ bicara hati kecil Anita sambil melambai lembut kea arah mereka dengan senyuman yang dia sendiri sukar tafsir.Perlahan-lahan kepalanya didekatkan pada Anas bersama senyum yang masih bersisa dan halus dia berbisik.

“i love being single.” Anas senyum juga dan faham benar dengan Anita.

sayang anak, tinggal-tinggalkan

Dipegang,ditatap lagi surat daripada jabatan Pelajaran Malaysia itu. Baris-baris kemas dan rapi tulisan dibaca berulang-ulang. Sopan dan rasmi bahasanya. Bertepatan benar.

Tetapi ciri2 yang ada dalam surat itu tidak berjaya untuk menghilangkan resah hatinya. Terpancar tidak diwajahnya, tetapi amat jelas kelihatan pada anak mata Pak Nik Seman, lakinya yang 35 tahun berkongsi katil,bantal. Air liur basi Pak Nik pun sudah puas dihidu.

Pak Nik Seman arif benar dengan bininya yang sorang itu. Kalau tidak tenang hati, pandangnya jauh merewang. Kalaupun berpijak pada bumi, tidak tentu hala. Dahinya berkerut, bertemu ditengah. Mulut yang cekap berceloteh ditarik ketengah, dimuncungkan tajam. Kali pertama Pak Nik Seman melihat riak begitu kira-kira selepas setahun beliau bernikah dengan Mak Nik Jah. Berhari juga bermuncung Mak Nik Jah. Bertanya tidak, bercakap tidak. Bergurau apatah lagi, haram!. Pak Nik Seman bukan tidak sensitif. Dipujuk sudah, ditanya pun sudah. Apa ke halnya, Tijah ku sayang? Digeleng sahaja kepala.Tak kuasa dia bertanya berulang.Biarlah.

Hari ketiga baru dia tahu daripada mulut teman baik si Tijah, Jenab yang Jah dengar dari kampong seberang bahawa kekasih lama Pak Nik sudah kembali ke Kampung Segiling . Setelah 5 tahun ke luar ne geri, pulang semula Limah ke kampungnya. Dikatakan orang petang semalam Pak Nik bertandang ke rumah Limah. Menagih kembali cinta yang dulu tidak kesampaian. Macam orang bujang lagaknya walaupun hakikatnya, Mak Nik Jah setia dirumah, berbadan dua.

Ini yang tidak gemar benar Pak Nik dengan masyarakat kampung. Rata-rata mudah benar mengata. Buruk nasibnya, difitnah terus! Sumpah satu petang semalam dia bersama Ali dan Samad di bilik guru. Berbincang tentang sambutan perayaan Hari Guru. Dia ketua guru disiplin, tugas berat. Sudah sewajarnya dia hadir sama bagi menyumbangkan satu dua idea bernasnya bagi mengawal pelajar-pelajar pada hari perayaan berkenaan. Anak-anak kampung, untuk dijinak tidak mudah.

Diterangkan pada Mak Nik Jah, itu dusta semuanya. Khabar tentang kepulangan bekas buah hatinya dulu hanyalah bersamaan gagak pulang ke ganggang, bangau pulang ke belakang kerbau bagi Pak Nik. Tidak lebih daripada itu. Dia tidak kesitu, sumpah. Tanyalah Samad.Tak percaya, sudah. Giliran Pak Nik pula merajuk. Rasa bersalah barangkali, esoknya sarapan pagi Pak Nik disajikan dengan makanan kegemarannya, pulut panas bersama nyiur muda dan ikan masin. Tak lama rajuk Pak Nik. Senyum semewet ke sekolah pagi itu.

Dan senyum semewet juga dia bila terkenangkan saat itu. Tiap kalinya, termasuk pagi itu. Disinsingkan sikit kain pelihatnya. Cangkul dibiarkan terpacak ditepi bersama tanah yang masih bersisa dimata. Dia bercangkung semula untuk mencabut rumput-rumput kecil meliar. Mak Nik Jah duduk ditangga dikerling juga.

“ Sudah-sudahlah muncung awak tu. Sakit mata saya ni hah.“

“ Sampai hati dia main mohon aja belajar ke Jepun. Bidang masakan pulak. Saya ada Abang Niknya! Kalau kenduri kendara tak ada saya, tak berasaplah dapur, tak bergulailah kawah. Belajar dengan saya, satu rahsia arwah Mek Wok takkan saya pegang. Saya kasitahu semuanya.”

“ Tak sama maknya. Dikejarnya belajar masakan Jepun. Boleh awak mengajarnye? Heh..tak percaya saya. Ingat sebulan balik dari kolumpur dibuatnya bende alah sushi tu. Tak tertelan dek tekak saya. Nak diluah takut merajuk, bulat- bulat saya telan nasi manis, hanyir tu. Awak,lagilah. Lansung ke sinki. ”

“ Saya tak kisah itu Abang Niknye. Tapi..Tapi seorang diri ke luar negara, elokkah? Selamatkah? Tak sesuai benar saya rasa. Di Malaysia tak ada?” Keras lagi hati Mak Nik Jah menerima keputusan bongsunya.

“ Jah, anak kita sudah 3 orang belajar di seberang laut. Itu tak campur anak-anak saudara kesayangan awak tu. Bertalu-talu diucapkan tahniah, ucapan bangga. Tipukah tu, Jah? Tak ikhlas?” Uji Pak Nik.

“ Ikhlas”

“ Dah tu? Jangan dibeza-bezakan anak-anak. Nabi marah, ugama Islam pun marah. Ingat ceramah Ustaz Deraman?”

Angguk perlahan. Masih tidak bertentang mata Pak Nik Seman. Sebal rasanya apabila suami sendiri melintang anginnya.

“ Tapi belum cukup setahun dia graduate dari UIA, kolumpur. Belum puas saya bermanja. Ni, tumit ni. Sejak diurut Tanny barulah lega sikit denyutnye. Makan minum tak risau saya. Ke Kota Lama tak berkejar pulang untuk memasak. Saya senang dia ada, saya takut rindu.” Tumpah jugak air mata dari hujung mata kiri Mak Nik Jah. Dibiarkan jatuh. Lambat-lambat dikesat dengan baju cotton-nya. Dirembeskan hingusnya sekali.

“Ikut rasa sayang, rindu, tak kemana lah kita. Saya rasa dah lama kita tak pentingkan diri sendiri. Hari ini awak mula balik? Kali terakhir masa Kamal nak menikah dengan menantu kita, budak bandar. Kebahagiaan dan kejayaan mereka tak sama dengan kasih sayang ke? Dia pergi tak bermaksud tak sayang. Hal-hal kemudian, siapalah kita mahu menekanya. Kalau sayang, biar dia kejar kegembiraannya. Awak tak sayang?”

“ Sayang!! Maksud awak, saya pentingkan diri sendiri? Sampai hati awak, Nik.” Oh Tuhan!! Kali ini air mata jatuh bersama sendu pula.

“ Lupakan tentang maksud saya. Awak lebih arif tentang maksudnya. O..Patutlah dah tak tunggu saya habis tengok wresling malam Rabu, tak tunggu saya balik tahlil malam-malam. Dia masuk tidur dengan kekasih baru yea sekarang ni” . Dicuba bergurau dengan isterinya yang muram itu sambil berubah posisi mengadapnya. Disengeh pada Mak Jah.

Mak Nik Jah alih pandangan. Hujung lengan diangkat lagi ke hujung mata. Dikesat perlahan.

“ Nikah kahwinnya macam mana? Dia sudah 24 tahun. Baliknya sudah nak masuk 26 tahun. Saya tak rela anak saya membujang ke tua”

“ Kalau kawinlah halnya, saya rasa Anis yang lebih berhak perhatian awak. Lawyer begitu tiada masa berkasih. Dia kakak Tanny, belum lagi berinai,naik pelamin. Tanny tak mahu langkah bendul. Tak mahu katanya di hari berbahagianya ada hati yang sedih dan perit. Pandai Tanny tu. Alangkah baiknya kalau maknya pun berfikiran sepertinya,kan?

Soalan Pak Nik dibiar keawangan tidak berjawab.

“ Sudahlah. Dia mengejar kebahagiannya sebentar saja. Bersyukurlah kita dikurniakan anak soleh, mendengar kata dan setia.Sepatutnya kita buat pemergiannya mudah. Saya tahu, dia sendiri sukar untuk tinggalkan kita. Tinggalkan ibunya yang manja ini. SAya sendiri Nampak dia menangis di tanjung semalam.”

“ Sungguh? Kenapa tidak beritahu?”

“Beritahu apa? Awak dengan rajuk awak aje. Masak pun berlauk telur goreng tambah kicap.haih..kesian” ditarik muka kebawah. Kononnya penuh emosi walaupun hakikatnya cuma lakonan. Mak Nik jah senang benar tertipu.

Mak Nik Jah rasa bersalah. Sepatutnya,aku orang tua, lebih tahu. Lebih matang.

“ Sudahlah tu, kesat air mata murah awak tu. Malu anak-anak tengok.”

“Awaklah, selalu sangat ke kebun. Tinggalkan saya sorang dirumah. Itu pasal saya sunyi”

“ Pulak dah? Malu lah tu. Apa-apahal, Saya nak ke kebun sekejap ni. Dah janji dengan Mat”

“ Tengok, itulah. Tinggalkan saya seorang. Oh, hati..” diletakkan tangan dihati bersama mata dipejam umpama orang frust. Tapi mulutnya senyum juga akhirnya. Saja mengusik suami.

Pak Nik berlalu juga dan menyahut Mak Nik dengan lambaian tangan sahaja.

“Bang Nik!!”

“ Yea!!”

“ Belikan saya ikan patin. Mahu masak kegemaran Tanny”

Dilambai tanda ok.

“Nik!!” Mak Nik Jah panggil lagi. Pak Nik baru keluar pagar. Mak Nik Jah terpaksa bberdiri, berjengkit sedikit kehadapan.

“ Yea!!apa lagi?”

“Terima kasih!!”

Sama-sama. Awak muncung, saya pun tak ada mood,sayang. Boring! Pak Nik menjawab perlahan buat dirinya sendiri saja. Yakin Mak Nik tak dengar pun. Tanda dilambai lagi tanda kasih diterima.


-------------------------------------------------------------------------------------
Anita dengar semua patah perkataan perbualan . semuanya sudah terjawab. Oh, mak!!Panggilan tidak bersahut, tidur tidak berurut, nasi yang tidak habis. Merajuk rupanya. Tak apa mak, lulus saja Tanny disana, Tanny buka Restoran Jepun di kota. 1 jam dari rumah. Tiap-tiap malam kita boleh urut,mak!